PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri akan menghantar laporan lengkap merangkumi rakaman video dokumentari mengenai usaha Malaysia menangani isu pemerdagangan orang ke Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mengenai Pemerdagangan Orang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dokumentari yang akan dihantar itu akan memaparkan nasib mangsa kes pemerdagangan yang telah diselamatkan sekali gus memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang telah dilakukan di negara ini.
"Semua itu kita lakukan untuk memaklumkan kepada dunia kita tidak mengambil (isu) ini sebagai sesuatu yang mudah, ringan, begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia Tahun 2022 di Rumah Perlindungan Wanita, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.
Menurut Hamzah inisiatif berkenaan juga adalah sebagai usaha kerajaan membaiki kedudukan Malaysia yang berada di tahap tiga ketika ini dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara AS Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2022.
Mengulas isu yang sama beliau berkata, 73 penjawat awam disiasat dalam tempoh Januari hingga Julai lepas terhadap kesalahan berkaitan unsur jenayah pemerdagangan manusia dan 40 daripadanya melibatkan pegawai dari Jabatan Imigresen.
"Seramai enam orang (daripada 40 Pegawai Imigresen) telah dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, lima dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen manakala 27 lagi dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung, dibuang kerja dan dua orang lagi telah meletakkan jawatan.
"Seramai 33 penjawat awam lain yang disiasat menyaksikan 13 telah dituduh di mahkamah, 16 telah dibebaskan dan baki empat individu lagi masih disiasat.
"Ini membuktikan kita beri tumpuan apabila ada laporan diterima daripada semua pihak," katanya sambil menegaskan kerajaan tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan jenayah itu.
Sementara itu mengulas isu sembilan anggota polis yang disyaki terlibat peras ugut di Gombak yang dilaporkan akan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak, Hamzah mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji semula perkara itu.
Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan berhubung pertukaran sembilan anggota PDRM itu akan dikaji semula oleh pucuk pimpinan PDRM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
HAMZAH: Dokumentari yang akan dihantar itu akan memaparkan nasib mangsa kes pemerdagangan yang telah diselamatkan sekali gus memberikan gambaran sebenar. - Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Polis tahan tujuh lelaki Pakistan, selamatkan 4 mangsa pemerdagangan orang
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.
Malaysia, UK bincang kerjasama tangani isu buruh paksa
Perbincangan diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden melawat Malaysia.
Kes pemerdagangan orang di Wang Kelian, polis Thailand tahan wanita lari 7 tahun
Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu.
Bekas calon PRU14 antara 11 ditahan terlibat sindiket pemerdagangan orang
Bekas ahli politik itu bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14, namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.
131 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan tahun ini - Rina
Kesemua mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan milik kerajaan dan NGO serta diberi perintah perlindungan interim (IPO).
Isu pemerdagangan orang: KDN akan hantar laporan lengkap ke Jabatan Negara AS - Hamzah
Dokumentari itu memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang telah dilakukan di negara ini.
Polis Thailand tahan 7 lelaki terbabit pemerdagangan orang
Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.
MAPO perhebat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang
Rencana ini bersempena dengan sambutan Hari Anti Pemerdagangan Orang Sedunia yang disambut pada 30 Julai setiap tahun. Tema tahun ini adalah "Victims' Voices Lead the Way".
Malaysia komited perangi jenayah pemerdagangan orang
Ia sebagai peringatan kepada kementerian dan semua pihak terlibat supaya bekerja lebih baik dan memperbetulkan tumpuan dan keutamaan dalam segala tindakan.