awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penarikan balik telur di Singapura, KPDNHEP laksana pemantauan

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2021
12:50 MYT
Isu penarikan balik telur di Singapura, KPDNHEP laksana pemantauan
KPDHEP telah menjalankan pemantauan susulan tindakan Singapura menarik balik telur yang dibekalkan oleh pengeluar Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) telah menjalankan pemantauan susulan tindakan Singapura menarik balik telur yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar di Malaysia berikutan dakwaan penemuan Salmonella Enteritidis (SE).
KPDNHEP dalam satu kenyataan pada Isnin, memaklumkan pemantauan adalah bertujuan untuk memastikan bekalan telur tidak terjejas, selain melihat proses penarikan balik telur di pasaran.
"Berdasarkan pemantauan, didapati aktiviti penarikan telur di premis terlibat dilaksanakan secara sukarela.
"Hasil pemeriksaan juga didapati bekalan telur daripada pembekal yang lain adalah cukup untuk menampung keperluan pengguna.
"KPDNHEP bekerjasama rapat dengan MAFI, KKM dan DVS dan jika terdapat arahan penarikan balik telur di pasaran domestik, KPDNHEP akan mendapatkan kerjasama industri untuk menampung keperluan dan permintaan kawasan terjejas," kenyataan itu menyebut.
BACA: AEON tarik telur tercemar, pelanggan yang telah beli diminta pulangkan, wang dikembalikan
BACA: DVS ambil tindakan susulan kes penarikan balik telur dari pasaran Singapura
Orang ramai juga diminta tidak panik dan mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berwajib.
Sebarang maklumat berkaitan boleh diperolehi melalui saluran kementerian yang disediakan.
Topic Berkaitan
#telur
#Singapura
#Malaysia
#Salmonella Enteritidis
#KPDNHEP
#KKM
#SE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan