awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis

Bernama
Bernama
07/08/2021
15:18 MYT
Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis
Polis telah mengambil keterangan 20 Ahli Parlimen setakat ini berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas. - Gambar fail/ Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 20 Ahli Parlimen setakat ini berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tiga lagi Ahli Parlimen selesai diambil keterangan hari ini iaitu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasia.
Beliau berkata turut selesai memberi keterangan ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sehingga hari ini, jumlah semua Ahli Parlimen yang telah selesai dirakam keterangan ialah seramai 20 orang sejak 4 Ogos sehingga hari ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Maria Chin Abdullah
#Teresa Kok
#PKR
#pembangkang
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Maria Chin
#Parlimen
#Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan