awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perkahwinan bawah 18 tahun menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2021
22:13 MYT
Isu perkahwinan bawah 18 tahun menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Hari ini merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.
KUALA LUMPUR: Meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah membanteras perkahwinan bawah umur antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto kepada Perdana Menteri.
Selain itu, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pula meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah dasar kerajaan untuk membangunkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menggunakan IBS.
Kawalan terhadap menaturalisasi pemain bola sepak sebagai pemain kebangsaan negara turut ditanyakan Ahli Parlimen Setiu, Shahari-Zukirnain kepada Menteri Belia dan Sukan.
Turut menjadi tumpuan adalah pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow kepada Menteri Kewangan mengenai peruntukan pembangunan tahunan kepada setiap negeri dari tahun 2010 sehingga 2020 serta hasil kutupan cukai pendapatan negeri.
Seterusnya, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubian Wang meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan membuka semula pintu sempadan negara dan unjuran pemulihan ekonomi yang diperoleh negara pada tahun hadapan.
Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Deri Dr Dzulkefly Ahmad bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai kesediaan untuk membekukan atau ‘freeze bankruptcy proceeding’ buat perniagaan yang sedang dalam kegawatan ‘cashflow’ dan tekanan kewangan.
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai penggunaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).
Hari ini merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#perkahwinan bawah umur
#pprt
#pemain kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan