JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go (TNG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan khas yang bakal dipimpin Ketua Setiausaha kementeriannya itu dipertanggungjawab untuk melaksanakan bedah siasat terhadap isu itu secara terperinci, untuk diselesaikan dalam masa terdekat.
Di peringkat awal, beliau turut mengarahkan unit khas itu untuk menilai setiap aduan awam yang diterima, sekali gus mengenal pasti punca masalah.
Katanya, sebarang cadangan terhadap pelaksanaan tindakan turut akan diteliti bagi memastikan beban yang dialami pengguna lebuh raya dapat dikurangkan dengan kadar segera.
“Pihak kementerian akan memastikan isu-isu yang berbangkit ini seperti perkhidmatan kad prabayar Touch 'n Go di semua tol yang akan melibatkan jutaan rakyat menggunakannya setiap kali perayaan.
“Hari ini kita berhadapan dengan isu kepenggunaan jalan raya yang meningkat akibat daripada perayaan Tahun Baharu Cina. Selepas ini sudah pasti kita juga bersedia untuk menyambut bulan puasa dan juga hari raya Aidil Fitri pula,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Johor Bahru, pada Sabtu.
Sementara itu, tambah beliau, syarikat monopoli bayaran tol TNG telah diarah untuk mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan itu kepada kementeriannya secara berkala.
Jelasnya, laporan perlu dihantar kepada kementerian, kes demi kes secara harian, manakala tindakan akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
Menurut Salahuddin lagi, aduan yang diterima kebanyakannya melibatkan rebat kad dan kad yang gagal diaktifkan.
Di samping itu pihaknya turut menerima jumlah aduan yang tinggi sepanjang minggu perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Jan 21 2023

Salahuddin bercakap pada sidang media mengenai isu Touch N Go di sebuah gerai di Kampung Pasir hari ini. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Tiada lagi monopoli, bayar tol dengan kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini
Pengguna boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya selewat-lewatnya September 2023.

Pecah monopoli Touch 'n Go, wujud persaingan sihat - Pakar
Penambahan penyedia perkhidmatan selain TNG amat dialu-alukan dan diharap mampu menangani masalah kesesakan di plaza tol.

Perdana Menteri janji beri perhatian isu monopoli Touch 'n Go
Beliau menjawab pertayaan salah seorang peserta program Temu Anwar yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go.

Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

Mahu tuntut ganjaran 'Touch n Go', tapi rugi lebih RM21,000
Mangsa berusia 36 tahun dari Raub menerima panggilan suspek berhubung akaun e-wallet tamat tempoh dan 750 mata ganjaran belum dituntut.

Pesara wanita rugi RM128,037 ditipu Macau Scam
Modus operandi scammer ialah menyamar diri sebagai pegawai mahkamah dan dakwa mangsa ada tunggakan hutang.

Waspada taktik terbaharu penipuan bantuan RM500 e-dompet Touch 'N Go - Polis
Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat.

SMS tawaran baucar RM100 sebagai pampasan gangguan elektrik adalah palsu - TNB
Syarikat utiliti tenaga itu berkata, pesanan ringkas SMS yang menawarkan baucer e-wallet daripada nombor TNB adalah satu penipuan.

TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
TNG Digital Sdn Bhd raih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.

Kredit ePemula dalam Touch 'n Go tidak boleh diguna bayar tol - PLUS
PLUS menggesa semua pengguna RFID menambah nilai TNG eWallet untuk mengekalkan baki yang mencukupi.