NATIONAL
Isu PTPTN: Lokasi sesi townhall PTPTN akan berfokus kepada universiti awam

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan memberi pandangan menggunakan media sosial tidak akan memberikan sebarang kesan positif. - Gambar fail
Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional (PTPTN) akan memulakan sesi townhall ke seluruh negara bermula 25 Mei ini, kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Kata beliau, tujuannya adalah untuk memberi penerangan serta mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkenaan sistem pinjaman dan kaedah bayaran balik kepada institusi terbabit.
Jelasnya, lokasi yang dipilih adalah di kebanyakan universiti-universiti awam (UA) di seluruh negara memandang kumpulan mahasiswa adalah kumpulan yang paling "rapat" dengan agensi terbabit memandangkan majoritinya adalah peminjam PTPTN.
Tambah Wan Saiful, hasil perbincangan dan solusi terbaik dalam townhall tersebut akan diangkat bagi menyelesaikan segala permasalahan berkenaan hutang PTPTN.
Tegasnya, kerajaan akan berusaha sedaya upaya bagi mencari kaedah paling baik dalam menyelesaikan masalah tersebut terutama golongan mahasiswa yang masih menganggur dan belum memperoleh pekerjaan.
"Bermula dari minggu depan kita akan ada sesi townhall yang kita buat di seluruh negara, jadi jadual akan kita keluarkan dan saya jemput semua orang untuk terlibat.
“Kita buat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Sarawak, Terengganu dan kita pilih universiti-universiti terutamanya, sebab ada kesan paling besar sekarang ni adalah kepada mahasiswa. Komitmen kita adalah untuk memastikan peminjam yang tak mampu membayar tidak ditekan dan diwaktu yang sama peminjam pelajar yang baru nak meminjam akan ada dana berterusan,” katanya.
Wan Saiful berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan zakat dalam Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di pusat khidmat wakil rakyat Parlimen Jerlun.
Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh jika hutang seseorang itu mencecah RM7,000, kesan tersebut akan menjejejaskan pinjaman kewangan seorang bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami