Isu mengenai bayaran royalti dan pembayaran tunai bagi petroleum dan gas akan dibincangkan secara berasingan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam satu kenyataan pada Selasa berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Disember ini.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai isu Petronas dan gas secara perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) antara Petronas, Petros dan kerajaan negeri.
"Jawatankuasa Khas Kabinet turut bersetuju agar satu Majlis Khas ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dibuat dalam Jawatankuasa Khas.
"Majlis Khas yang ditubuhkan ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak turut dilantik menjadi ahli Majlis Khas ini," katanya.
Sementara itu, mengulas menenai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) itu yang diadakan semalam, Sharifah Hasidah berkata antara perkara yang masih dibincangkan ialah Semakan Semula Pemberian Khas, royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum.
Isu lain ialah tanah negeri yang diberi hak milik kepada Persekutuan, kuasa baki perundangan, pertambahan jawatan dan beberapa perkara lain, katanya.
"Bagi isu semakan semula pemberian khas, pihak Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi membincangkan secara terperinci mengenai rangka proses dan prosedur bagi semakan semula pemberian khas ini dan juga mengenai formula yang akan digunakan.
"Semakan Pemberian Khas ini akan turut membincangkan dengan lebih lanjut perkara-perkara lain termasuklah gantian sumber kewangan yang diserahhakkan kepada kerajaan negeri iaitu duti import dan eksais bagi produk petroleum yang mana sumber kewangan ini telah diberhentikan kerana kerajaan Pusat menandatangani Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 2001," kata kenyataan itu.
Sehingga Selasa, sebanyak 21 isu telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet ini untuk diteliti dan dikaji secara bersama manakala tujuh isu telah mendapat persetujuan bersama.
Antara perkara yang telah dipersetujui adalah mengenai kuasa kawal selia pengedaran gas dan elektrik, serta penubuhan Jawatankuasa Kerja Pemantapan Kolaborasi Pelaksanaan Projek Persekutuan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan projek Persekutuan di negeri.
Penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah bagi membuat perundangan subsidiari mengenai 'labour conditions peculiar to the state' di bawah Ordinan Buruh negeri masing-masing, dan penubuhan Jawatankuasa Khas Libat Urus secara berkala untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan isu pengurusan kesihatan negeri Sarawak dan Sabah, turut dipersetujui, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019

Isu mengenai bayaran royalti dan pembayaran tunai bagi petroleum dan gas akan dibincangkan secara berasingan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46 | Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan

James Cordon hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali Ini Cordon mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

Asean perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
Adalah penting sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.

MCMC minta kerjasama orang ramai lapor penyebaran berita palsu
Orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan tentang berita palsu dan mengelirukan yang disebarkan di media sosial atau SMS kepada MCMC terutama ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Penjaja, peniaga harap kerajaan Johor pertimbang bantuan insentif
Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai peniaga di negeri itu.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Naib Presiden AS | Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden
Terdahulu Kamala Harris turut mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Beliau sekali gus menjadi wanita pertama menjawat jawatan itu. Harris, 56 tahun, diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden. Ia selepas Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kejayaan parti Demokrat pada Pilihan Raya Presiden November lalu.

Presiden AS | Parodi hari terakhir Trump
Hos James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Kali ini Cordon mendapat inspirasi dari teater Les Miserables.

RM61.32 bilion bayaran hasil petroleum kepada empat negeri bagi 2008-2020
Mustapa berkata Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Isu royalti, bayaran tunai petroleum dan gas dibincang Disember ini
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Disember ini.

Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis
Insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT.

Kelantan tarik balik saman terhadap Petronas, kerajaan Persekutuan
Penarikan saman itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Kelantan yang berlangsung hari ini.