PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah membabitkan rangkaian kedai serbaneka, KK Mart.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu tersebut antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
“KDN dikehendaki untuk melihat trend bagaimana trend bersifat menghasut, menganjurkan keganasan, tindakan melampau, tindakan yang boleh mencetuskan keadaan yang menjejaskan keamanan.
“Wujudnya aktiviti menghasut tanpa menghormati undang-undang, tanpa mengambil kira kehidupan aman, bernegara, rakyat pelbagai kaum, agama, ia kemudian wujudnya kelompok yang membangkitkan keresahan dalam bentuk hasutan yang melampau yang kemudian mencetuskan kepada tindakan.
“Ini semua aspek yang memerlukan pasukan keselamatan untuk mengambil tindakan,” katanya.
Ketika ditanya adakah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh tergolong dalam senarai penghasut, beliau enggan mengulas pertanyaan itu.
“You are putting the word into my mouth. Tak adillah untuk saya,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada polis akan membuat laporan susulan hantaran di media sosial memaparkan Muhamad Akmal menghunus pedang, Saifuddin Nasution menjelaskan beliau tidak mahu mencampuri bidang kuasa polis.
“Saya percaya polis ada tindakannya sendiri berasaskan laporan atau mereka sendiri yang buat laporan. Saya tak mahu masuk dalam bidang kuasa polis.
“Saya percaya mereka (polis) ada kepakaran sendiri dan tahu apa yang mereka buat. Apa yang penting media bantu untuk tegaskan nasihat dan titah Tuanku yang tidak mahu isu ini berterusan. Itu yang penting sekali,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Putrajaya pada Khamis.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai di Istana Negara di sini pada Rabu.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah 'Allah' di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Sultan Ibrahim bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.
Ridauddin Daud
Thu Apr 04 2024
Saifuddin bercakap kepada media pada sidang media khas di Putrajaya pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.
Samun kedai serbaneka: Lima lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.