awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/03/2024
03:20 MYT
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam. - Foto X/HRH Crown Prince of Johor
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Menyifatkan isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
"Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
"Saya memandang seris isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara," kata Baginda dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Pada Isnin, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah sudah bermula dan bertumpu kepada vendor atau pengedar produk berkenaan ke pasaran.
Jelasnya, siasatan dimulakan selepas polis menerima 36 laporan daripada pelbagai pihak sejak beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart di Sunway, Selangor.
Topic Berkaitan
#stoking
#Kalimah Allah
#tindakan tegas
#Pemangku Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan