awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Tambak Johor dicadangkan pada sesi pemukiman Malaysia-Singapura tahun ini

Bernama
Bernama
16/04/2016
13:16 MYT
Isu Tambak Johor dicadangkan pada sesi pemukiman Malaysia-Singapura tahun ini
Dengan kelancaran trafik di pintu masuk utama dan kedua selatan negara itu, ia mampu merancakkan lagi kegiatan dan pertumbuhan ekonomi negara dan Johor khususnya di Iskandar Malaysia. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap isu kesesakan lalu lintas di Tambak Johor akan menjadi salah satu agenda penting dalam sesi pemukiman Malaysia dan Singapura akan datang.
Beliau berkata agenda tersebut adalah penting memandangkan ia turut menimbulkan keresahan komuniti perniagaan yang menghadapi masalah logistik sewaktu menggunakan laluan keluar masuk utama kedua-dua negara itu.
Menurut beliau, dengan kelancaran trafik di pintu masuk utama dan kedua selatan negara itu, ia mampu merancakkan lagi kegiatan dan pertumbuhan ekonomi negara dan Johor khususnya di Iskandar Malaysia.
Agenda ini telah dicadangkan pada mesyuarat dua hala akan datang antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Iskandar di sini Sabtu.
Beliau mengakui adalah penting untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu tersebut lebih-lebih lagi setelah ia dibangkitkan beberapa kali oleh komuniti perniagaan dan juga ketika mesyuarat bersama Singapura.
Katanya kedua-dua negara ini perlu mencapai persetujuan bersama dengan apa juga keputusan atau tindakan diambil berhubung isu Tambak Johor.
Pemukiman kedua pemimpin itu yang merupakan mesyuarat tahunan dijangka diadakan di Malaysia tahun ini.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan supaya Tambak Johor diganti dalam usaha melancarkan lagi trafik di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iskandar Malaysia
#Johor
#Mustapa Mohamed
#pertumbuhan ekonomi
#sesi pemukiman Malaysia-Singapura
#Tambak Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan