awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tanda niaga: MATTA mahu ambil tindakan terhadap MATA

Bernama
Bernama
04/01/2020
21:05 MYT
Isu tanda niaga: MATTA mahu ambil tindakan terhadap MATA
Sehingga kini, MATTA yang mencecah usia 45 tahun mempunyai lebih 3,600 ahli yang terdiri daripada agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan yang dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. -Gambar hiasan
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) terkenal dengan penganjuran pesta pelancongan tahunannya.
Namun kini MATTA mempunyai saingan yang mempunyai sebutan akronim yang sama iaitu MATA.
Akronim MATA merujuk kepada Persatuan Agensi Pelancong Malaysia yang pendaftarannya baharu sahaja diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan(RoS) dan ini tidak disenangi oleh MATTA kerana sebutan yang serupa akan hanya menimbulkan kekeliruan dalam pasaran.
Setiausaha Agung MATTA Nigel Wong dalam satu kenyataan berkata MATTA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan yang baharu daftarkan itu dan telah mengeluarkan surat tuntutan atas dakwaan MATA telah menceroboh nama dan tanda niaga MATTA dan menuntut agar MATA menghentikan perbuatan itu.
Wong berkata Matta juga meminta penjelasan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai kelulusan pendaftaran MATA.
Beliau berkata ini kerana RoS mencatatkan lima daripada pengasas dan pemegang jawatan semasa MATA juga merupakan pemegang jawatan semasa Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), dan dua daripada Majlis Pelancongan Malaysia.
Pada 11 Sept, 2014, MATTA mengadakan mesyuarat agung luar biasa yang mengundi untuk menyingkirkan kesemua lima pemegang jawatan tersebut kerana menyebabkan kerosakan moral dan material kepada MATTA, "katanya.
Sehingga kini, MATTA yang mencecah usia 45 tahun mempunyai lebih 3,600 ahli yang terdiri daripada agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan yang dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MATA
#MATTA
#Pendaftar Pertubuhan
#Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia
#pesta pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan