PUTRAJAYA: Dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti yang tular menerusi media sosial hari ini, disahkan bukan milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Kami (Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai mekanisma untuk mengesahkan data yang dijual itu bukan daripada JPN. Seperti kes-kes sebelum ini, penjualan data melibatkan agensi yang diberi ruang untuk terima maklumat daripada JPN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu berkenaan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Hamzah berkata satu siasatan sedang dilakukan pihaknya dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.
"Semua individu yang terlibat dengan kegiatan penjualan data peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan penuh akan dimaklumkan tidak lama lagi," katanya.
BACA: Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia
Sehubungan itu, Hamzah berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatkan data peribadi melalui agensi di bawah JPN akan dikaji semula.
"JPN merasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya isu seperti ini tidak timbul," katanya.
Terdahulu, sebuah portal teknologi dan telekomunikasi, Lowyat.net melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika bertemu para pengamal media pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Polis buru dalang bekal data peribadi kepada sindiket penipuan
Polis Perlis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai membekalkan ribuan data peribadi kepada sindiket penipuan pendaftaran kad SIM prabayar secara tidak sah.

Nombor telefon, data peribadi kini paling berharga
Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang.

Data individu dijamin selamat dari akses tidak sah - DOSM
DOSM beri jaminan data individu di dalam seliaannya tidak akan mudah diakses secara tidak sah oleh mana-mana pihak.

Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.

Laman web didakwa bocor data peribadi rakyat Malaysia
Pengguna itu mengakui telah mencuba sendiri laman web tersebut dan carian itu hanya memerlukannya untuk memasukkan nama dan tahun lahir individu tertentu.

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Isu tular jual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia bukan milik JPN - Hamzah
Satu siasatan sedang dilakukan pihaknya dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia
Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat.

Polis kesan cubaan dapatkan data peribadi di media sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik terbaharu cubaan untuk mendapatkan data peribadi (phishing) melalui hantaran mesej di media sosial.

Khairy jamin data MySejahtera terpelihara
Penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa.