awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
LHDN proses bayaran balik RM18 bilion, baki RM1 bilion sebelum akhir Disember
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia

Kenyataan Media
Kenyataan Media
17/05/2022
16:12 MYT
Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia
Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat. - Gambar hiasan/ Reuters
1. PADA 17 Mei 2022, dilaporkan bahawa data peribadi 22 juta rakyat Malaysia sedang dijual di atas talian dalam sebuah forum maya. Menurut penjual tersebut, data peribadi itu adalah maklumat daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Data peribadi ini merangkumi, antara lain, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh dan juga gambar-gambar.
2. Ini bukan kali pertama data peribadi rakyat Malaysia ditawarkan untuk dijual kepada umum. Pada bulan September tahun lepas, terdapat dakwaan berlakunya kebocoran data peribadi melibatkan 4 juta data yang terkandung dalam pangkalan data JPN dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3. Perkara ini sudah tentu akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan orang awam. Sekiranya benar terdapat kebocoran data peribadi daripada pangkalan data jabatan dan badan awam, ia merupakan suatu pelanggaran keselamatan (security breach) yang serius dan mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko termasuk penipuan, kecurian identiti dan juga menjejaskan keselamatan negara.
4. Ia menimbulkan sekali lagi persoalan tentang keselamatan dan integriti data dan maklumat yang disimpan dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh badan-badan awam seperti JPN dan SPR.
5. Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat. Pada masa yang sama, kerajaan tidak boleh memandang enteng terhadap dakwaan-dakwaan seperti ini, kerana ia melibatkan keyakinan orang awam terhadap keselamatan data peribadi yang disimpan di pangkalan data badan-badan berkanun, jabatan serta agensi kerajaan.
6. Sistem keselamatan data bagi entiti seperti JPN dan SPR harus sentiasa dipertingkatkan untuk memastikan bahawa maklumat dan data yang disimpan adalah selamat. Untuk tujuan ini, kerajaan juga digesa untuk menyemak semula keberkesanan sistem keselamatan bagi penyimpanan data peribadi rakyat Malaysia.
Syahredzan Johan Pengerusi Biro Media Sosial DAP
Topic Berkaitan
#data peribadi
#rakyat Malaysia
#kebocoran data
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan