awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tular 'yeye': PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil

Faida Rahim
Faida Rahim
06/01/2026
07:30 MYT
Isu tular 'yeye': PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil
Azhan bercakap kepada media selepas acara Kawalan Kehormatan Utama Panglima Tentera Darat Ke-31 di Dataran Wisma Pertahanan hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman menegaskan Tentera Darat Malaysia mampu mengelola keadaan melibatkan isu yang sedang tular di media sosial yang didakwa melibatkan pegawai tentera.
Azhan turut berpendapat isu tersebut kemungkinan berlaku dalam skala kecil ataupun terpencil dan menegaskan anggota perlu bersatu teguh memastikan keselamatan negara.
"Kepada semua anggota- anggota Tentera Darat, saya mohon semua bertenang. Saya percaya keadaan ini boleh dikawal. Apa yang berlaku mungkin melibatkan perkara-perkara terpencil, namun kita perlu kekal bersatu dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas acara kawalan kehormatan utama Panglima Tentera Darat ke-31 di Dataran Wisma Pertahanan, di sini pada Selasa.
[TERKINI] PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil
Pada Isnin, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan memandang serius dakwaan tular di media sosial berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera.
Kementerian turut memaklumkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman secara segera dan menyeluruh bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.
Menurut kementerian, dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai serta amalan sebenar ATM yang selama ini berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme dan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
Dalam pada itu, Azhan menyifatkan pelantikan sebagai PTD merupakan satu amanah besar memandangkan tentera darat adalah organisasi terbesar dalam ATM.
"Fokus utama adalah kepada penambahbaikan berterusan selaras dengan pelaksanaan Angkatan Masa Hadapan 2030 yang kini memasuki fasa permulaan," katanya.






Topic Berkaitan
#Mindef
#Azhan Md Othman
#isu tular yeye
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan