awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tuntutan kumpulan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang - Azalina

Bernama
Bernama
22/06/2023
16:29 MYT
Isu tuntutan kumpulan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang - Azalina
Azalina memohon semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperjuang isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Dato Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.
Katanya dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) serta perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.
"Namun, apa jua keputusan, Kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis.
Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperjuang isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.
Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Sulu
#Peguam Negara
#nenek moyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan