Kerajaan perlu menghentikan hubungan diplomatik dengan China selepas pelbagai isu penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu.
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman menegaskan, ia termasuk perdagangan serta memanggil kembali duta Malaysia yang berada di negara berkenaan.
"Kita menghantar memorandum peringatan kepada Perdana Menteri supaya dapat berbuat sesuatu mengenai isu ini.
"Kerajaan sekurang-kurangnya perlu membuat komitmen untuk menghentikan semua hubungan diplomatik, termasuk perdagangan dengan kerajaan mereka dan mengeluarkan duta mereka di sini serta memanggil kembali duta kita di sana. Ini komitmen politik yang harus dibuat perdana menteri.
"Kita buat tekanan kepada kerajaan untuk ambil tindakan. Dari perhimpunan ini kita hantar mesej, walaupun kerajaan China tidak berbuat apa-apa, tetapi kita tidak akan berdiam diri dengan undang-undang yang dikenakan kepada saudara kita di sana," katanya.
Abdul Hakim berkata demikian semasa sidang media selepas Himpunan aman membantah penindasan China Terhadap etnik Uyghur dan serahan memorandum teguran tegas kepada Kerajaan China di Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia, di sini selepas solat Jumaat.
BACA: Siaran Arsenal di China ditarik susulan komen Ozil
BACA: Tindas umat Islam Uighur - Amerika undi sekat China
Turut bersama di dalam perhimpunan tersebut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beberapa pertubuhan masyarakat sivil (CSO).
Memorandum dihantar di hadapan pintu Kedutaan China namun tidak diterima sesiapa.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawapan bertulis Parlimen mengulang pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman China walaupun terdapat gesaan supaya Putrajaya menjadi pengantara antara China dan etnik Uyghur di wilayah Xinjiang.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengakui, kewujudan penindasan terhadap kumpulan minoriti Islam di Xinjiang.
Sebelum ini Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan China di Malaysia berhubung isu penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu.
Namun, Presidennya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pihaknya kesal kerana kedutaan itu menolak memorandum berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Fri Dec 27 2019
Kerajaan perlu menghentikan hubungan diplomatik dengan China selepas pelbagai isu penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu, kata Abdul Hakim Othman. - Gambar Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.