KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 3 Mac ini dalam saman yang difailkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap beliau berhubung isu vaksin COVID-19.
Peguam Norfazilah Jaafar, yang mewakili Lokman, ketika dihubungi pemberita berkata mahkamah juga mengarahkan Khairy memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan itu pada 17 Mac.
"Selain itu, kedua-dua pihak perlu memfailkan permohonan interlokutari (jika ada) pada 21 Mac," katanya selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Puteri Nursheila Rahimi hari ini.
Pada 17 Feb lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Khairy supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya pada 3 Feb 2022 dilanjutkan hingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte pada 10 Mei depan.
Khairy, 46, yang menfailkan saman terhadap Lokman pada 25 Jan lepas, memohon perintah injunksi supaya defendan memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam serta injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula hantaran itu.
Beliau juga memohon perintah mahkamah agar defendan memadam kenyataan fitnah yang diterbitkan semula di semua portal berita dan akaun media sosial dalam tempoh 24 jam.
Ahli Parlimen Rembau itu, yang memfailkan saman atas kapasiti peribadi, mendakwa Lokman telah memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di laman Facebook Lokman Noor Adam Official pada 6 Jan lepas, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan YouTube Lokman Adam pada 10 Jan.
Khairy berkata kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19 serta menerima dos ketiga selain memalsukan maklumat berkaitan status vaksinasi.
Khairy mendakwa penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integriti beliau terjejas teruk selain mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional selain menyebabkan reputasi beliau direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Mahkamah Tinggi mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 3 Mac ini dalam saman yang difailkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap beliau berhubung isu vaksin COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.
Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar
Persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin terhad pada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya.
Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan
Lokman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di Facebook niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.
Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.