awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO

Bernama
Bernama
07/11/2015
02:11 MYT
Isu Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO
Pengerusi Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Nur Faizah Ali berkata kajian tentang vape masih terhad.
Pihak berkuasa dan pengguna rokok elektronik atau vape harus bertenang dan mengambil kira pendapat dalam semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan.
Pengerusi Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Nur Faizah Ali berkata isu vaping dan merokok adalah 'dua isu yang sama tapi tidak serupa'.
"Vaping adalah sesuatu isu baru, kajian-kajian berkaitan dengannya agak terhad jika dibandingkan dengan tabiat merokok yang sudah lama bertapak di seluruh dunia.
"Ia (vaping) bukan sahaja boleh digunakan oleh perokok yang berniat untuk berhenti merokok, malah remaja dan kanak-kanak juga akan terikut dengan trend tersebut," katanya dalam kenyataan.
Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok.
Dr Nur Faizah berkata merokok sudah sebati dalam masyarakat sejak sekian lama dan penyelesaiannya juga lebih rumit berbanding rokok elektronik.
"Kita dapat lihat pelbagai usaha kerajaan dalam menangani masalah ketagihan rokok antaranya kenaikan harga rokok sebanyak 40 peratus baru baru ini, dan juga penguatkuasaan zon larangan merokok yang lebih meluas," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya naluri golongan muda yang suka bereksperimentasi dengan trend terkini juga perlu diraikan.
"Namun, nilai-nilai kebaikan dan kemudaratan perlu ditimbangtara secara objektif demi kemaslahatan masyarakat untuk jangka masa panjang," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Nur Faizah Ali
#Puteri UMNO
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan