KUALA LUMPUR:Ivermectin yang dicadangkan sebagai rawatan COVID-19 harus dinilai melalui proses ujian klinikal sama seperti vaksin mRNA sebelum digunakan di negara ini, ujar Pakar Pediatrik Dr Musa Nordin.
Dr Musa, Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, mengulas mengenai cadangan sekumpulan individu yang menggesa supaya kerajaan segera meluluskan penggunaan ubat tersebut yang dilihat sebagai ‘senjata’ yang selamat, murah dan berkesan.
“Tahap penilaian sama terhadap vaksin mRNA juga perlu dilaksanakan ke atas Ivermectin.
“Ivermectin harus dinilai berdasarkan disiplin saintifik iaitu ujian secara rawak dan plasebo-terkawal (double-blind), sama seperti vaksin mRNA dan AstraZeneca," kata Dr Musa kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kerajaan sedang membangun ujian klinikal untuk penggunaan Ivermectin dan Favipiravir sebagai rawatan COVID-19 di negara ini.
Jelas Dr Musa, data bagi menyokong penggunaan Ivermectin untuk rawatan profilaksis atau COVID-19 bagaimanapun masih tidak mencukupi setakat ini.
Dr Musa yang juga salah seorang pengasas inisiatif Immunise4Life, merujuk kepada penilaian panel Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat yang mendapati ubat berkenaan masih memerlukan sokongan data.
Garis panduan perubatan COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat 17 Disember lalu turut tidak menyenaraikan Ivermectin sebagai salah satu rawatan.
“Ivermectin harus disahkan menerusi ujian yang lebih besar, secara rawak dan terkawal sebelum keputusan itu boleh dinilai oleh pihak berkuasa,” ujar Dr Musa.
Ivermectin dibangunkan di Jepun pada 1970-an sebagai rawatan anti-parasit dan digunakan secara meluas di seluruh dunia, dengan sebanyak 3.7 bilion dos diedarkan.
Nailah Huda
Sat Feb 06 2021
Ivermectin dibangunkan di Jepun pada 1970-an sebagai rawatan anti-parasit dan digunakan secara meluas di seluruh dunia, dengan sebanyak 3.7 bilion dos diedarkan. - shutterstock.com
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.
KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.
Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.
Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.
Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.
Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.
Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.