KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran agar tidak tergesa-gesa dalam meluluskan penggunaan ubat antiparasit, Ivermectin untuk menguji keberkesanannya mengurangkan kadar virus COVID-19 dalam tubuh penghidapnya.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar, menegaskan wujud keperluan untuk ujian klinikal lanjut dilakukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jelasnya, kajian klinikal itu perlu khusus sama ada bertujuan untuk mengurangkan kadar virus dalam badan atau mengurangkan gejala COVID-19 yang dialami penghidap virus itu.
"Negara-negara lain telah banyak mencuba, doktor-doktor di banyak negara telah cuba guna Ivermectin.
"Namun, kita tidak tahu bagaimanakah cara penggunaan Ivermectin yang betul-betul boleh diterima...yang betul-betul menunjukkan impak yang positif.
"Oleh itu, kita memerlukan ujian klinikal yang sesuai dengan keperluan kita," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
BACA: KKM mula uji Ivermectin ke atas pesakit COVID-19 berisiko tinggi - Dr Noor Hisham
Bercakap soal keperluan Malaysia dalam melaksanakan ujian klinikal ubat itu, Dr Sazaly berkata ia boleh dilakukan sebagai penilaian bagi kegunaan antiviral.
Apakah senario paling ideal?
Ini senario paling ideal yang dicadangkan Dr Sazaly.
"Jika kita dapati seorang ahli keluarga itu positif dan kita nak menghalang penularan jangkitan itu kepada yang lain dalam rumah sama, contohnya, kita beri Ivermectin kepada yang positif dan kita beri kepada ahli keluarga itu sendiri.
"Kita ambil sampel 500 kes sebegitu dan kita perhatikan, berapa ramai antara mereka ini yang telah diberikan Ivermectin dan dibandingkan dengan mereka yang telah diberi ubat biasa, contohnya Panadol.
"Kemudian kita perhatikan, berapa ramai antara mereka yang memerlukan rawatan rapi di hospital. Kemungkinan itu satu uji kaji klinikal yang boleh kita lakukan," katanya.
BACA: COVID-19: Jangan ambil Ivermectin, tiada data klinikal keberkesanan - Dr Noor Hisham
Jelasnya, sekiranya Ivermectin diluluskan kelak, ia tetap tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya medium pencegahan.
"Sebab itu pada awalnya kita menggunakan antiviral ini untuk mengurangkan virus itu supaya daya imunisasi dapat melawan balik.
"Penggunaan vaksin adalah penting untuk jangka masa panjang. Ini bermakna, apabila kita dijangkiti, kita boleh merawat dengan penggunaan antiviral (Ivermectin) itu," katanya.
Apa jadi sekiranya ia diambil secara kerap?
"Kita tidak boleh ambil antiviral selalu. Sekiranya kita ambil antiviral secara kerap, ia akan mempercepatkan lagi mutasi virus itu," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Malaysia sedang melakukan ujian klinikal ubat tersebut melibatkan 500 subjek daripada kumpulan berisiko tinggi berusia 50 tahun dan ke atas yang dimasukkan ke hospital KKM dengan gejala ringan atau sederhana COVID-19 (kategori dua hingga tiga).
Kajian itu bertujuan menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah COVID-19 daripada menjadi lebih serius (kategori empat dan lima) dan mengurangkan kematian.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 09 2021
Kajian klinikal itu perlu khusus sama ada ia bertujuan untuk mengurangkan kadar virus dalam badan atau mengurangkan gejala COVID-19 yang dialami penghidap virus itu. - Foto REUTERS
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.