awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Puteri Wales, Kate Middleton kongsi pengalaman sukar pemulihan kanser
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Agenda Iklim: Malaysia melangkah, dunia jangan alpa
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ops Tali Pinggang: JPJ Selangor lapor tahap pematuhan tinggi

Bernama
Bernama
02/07/2025
14:30 MYT
Ops Tali Pinggang: JPJ Selangor lapor tahap pematuhan tinggi
JPJ menjalankan operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Kawasan R&R Dengkil arah utara, hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor melaporkan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran sepanjang dua hari operasi dijalankan di sekitar negeri ini sejak semalam.
Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata sebanyak 56 bas ekspres dan 23 bas persiaran telah diperiksa dan didapati kesemua kenderaan mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita dapati kesemua kenderaan ini telah mematuhi arahan yang telah kita uar-uarkan dan tetapkan. Di sekitar Selangor ini pematuhan dan kerjasama daripada pemandu dan penumpang adalah amat tinggi.
"Operasi ini akan diadakan secara berterusan dan kita akan membuat penguatkuasaan secara penyamaran di dalam bas serta memantau dan menguatkuasakan undang-undang yang ada semasa di dalam bas," katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi itu bertujuan memastikan tahap keselamatan penumpang dalam perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas dipertingkatkan, selaras dengan kehendak undang-undang dan piawaian keselamatan jalan raya di Malaysia.
Beliau berkata JPJ Selangor akan menumpukan pemeriksaan terhadap bas ekspres dan bas persiaran di terminal utama bas, hentian rehat dan kawasan tumpuan pelancong serta lebuh raya utama.
"Apabila kita membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan dan didapati kalau tali pinggang rosak, kita akan mengarahkan syarikat itu membuat pembaikan dengan segera dan notis amaran akan diberikan," katanya.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli pada Ahad lepas dilaporkan berkata jabatan itu akan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran bermula 1 Julai, melibatkan bas yang dibina selepas Januari 2020.
Bagi bas yang dibina sebelum 2020, tempoh masa akan diberikan untuk pemasangan tali pinggang keledar dilaksanakan.
Penumpang atau pemandu yang ingkar arahan itu akan dikenakan saman sebanyak RM300, malah syarikat juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang kerana gagal memastikan keselamatan penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Tali Pinggang
#JPJ Selangor
#tahap pematuhan tinggi
#bas ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami