Kartunis terkenal negara, Jaafar Taib dengan karya agungnya 'Jungle Jokes' berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015 pada majlis Anugerah Kampung Boy 2015, malam tadi.
Jaafar yang mempunyai minat mendalam terhadap kehidupan liar, tergamam apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah utama itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah usahanya memartabatkan industri kartun tempatan lebih 30 tahun akhirnya membuahkan hasil.
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu menyifatkan pencapaian berkenaan bukan semata-mata untuk kepuasan dirinya, malah ia adalah kemenangan kepada semua pelukis kartun veteran yang telah berjuang menaikkan industri itu.
"Selama tempoh saya berkecimpung dalam bidang ini, penganugerahan kepada kartunis memang sedikit dan saya amat menghargai dengan anugerah yang saya terima ini.
"Saya harap majlis ini boleh dijadikan acara tahunan kerana saya yakin ia akan menjadi platform dalam menarik minat ramai lagi anak muda untuk berkecimpung sebagai pelukis kartun," katanya.
Berikutan pengiktirafan itu, Jaafar membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM1,000.
Bermula sebagai pereka ilustrasi di beberapa penerbitan, antaranya Utusan Melayu dan Kumpulan Varia Pop, Jaafar memulakan dimensi baharu dalam industri kartun apabila bersama-sama Meow Shariman Meor Hassan atau lebih dikenali sebagai Mishar, Azman Yusof dan Zainal Buang Hussein, mereka menubuhkan syarikat Creative Enterprise dengan menerbitkan majalah komik seperti Murni dan Bambino pada 1976.
Jaafar kemudian menghasilkan karya 'Jungle Jokes' untuk majalah Gila-Gila pada 1978 yang berjaya menghiburkan orang ramai dengan karya bercirikan kehidupan liar yang melucukan.
Majlis Anugerah Kampung Boy 2015 turut menyaksikan tujuh anugerah lain - Anugerah Kartunis Muda Berbakat yang dimenangi Dilfitri Tajudin atau lebih dikenali sebagai 'Lambok'; Anugerah Watak Kartunis Animasi, Saadon Ishak (Don); Anugerah Kartunis Editorial, Reggie Lee; Anugerah Kartunis Malaysiana, Abd Fatah Ngah; Anugerah Kartunis Terbaik, Sabariah Jais (Cabai); Anugerah Kartunis Legenda, Zainal Buang Hussein; dan Anugerah Juri dimenangi oleh Mishar.
Kesemua penerima anugerah berkenaan membawa pulang sebuah trofi, wang tunai berjumlah RM2,000 dan Sijil Simpanan Premium BSN sebanyak RM1,000.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kartunis tanah air yang sejak berdekad lamanya, menjadi medium pengantara kepada masyarakat sebagai penghibur, pencerita, pengkritik sosial dan penyampai maklumat melalui seni lukis kartun.
Anugerah itu diambil sempena karya popular tokoh kartunis tersohor negara, Datuk Mohamad Nor Khalid (Datuk Lat) yang telah berkecimpung dalam industri seni lukis kartun tanah air sejak setengah abad lalu.
Sementara itu, Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Imar berharap menerusi penganugerahan itu akan menaikkan semula industri kartun tanah air yang semakin suram.
"Saya harap melalui pengiktirafan ini, ia menjadi titik tolak merancakkan semula industri kartunis yang dilihat agak merudum kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu, Datuk Lat terharu apabila 'Kampung Boy', salah sebuah karya agungnya, dipilih sebagai nama majlis penganugerahan kepada kartunis itu.
Malah, beliau berharap menerusi penganugerahan itu, ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk berkecimpung dalam industri kartun.
"Harapan saya agar industri kartun negara akan terus berkembang dan menjadi platform bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi pendidik dan penyampai kepada semua lapisan masyarakat," katanya.
Bernama
Tue Oct 13 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Utama Kampung Boy 2015 kepada kartunis Jaafar Taib sambil disaksikan oleh kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid yang lebih dikenali sebagai Lat (kiri). - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jaafar Taib menang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu menyifatkan pencapaian berkenaan bukan semata-mata untuk kepuasan dirinya, malah ia adalah kemenangan kepada semua pelukis kartun veteran.