awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen aktifkan pasukan khas, bantu rakyat Malaysia yang terkandas di Bali

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2017
10:25 MYT
Jabatan Imigresen aktifkan pasukan khas, bantu rakyat Malaysia yang terkandas di Bali
Wisma Putra memaklumkan sekiranya tiada keperluan, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan terjejas. - Foto Reuters
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengerakkan pasukan khas bagi membantu lebih 1,400 warga Malaysia yang kini terkandas di Bali, Indonesia susulan letusan Gunung Agung sejak hujung minggu lalu.
Dalam satu kenyataan JIM menyatakan akan membantu warga Malaysia yang memilih untuk meninggalkan Bali melalui jalan darat dan seterusnya berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.
“Fokus utama pasukan ini adalah memberikan perkhidmatan konsular dan hal ehwal imigresen.
"Pasukan ini akan bekerjasama rapat dengan Direktorat Jenderal Imigrasi, syarikat penerbangan dan juga pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran proses evakuasi ini,” jelas JIM menerusi kenyataan tersebut.
JIM turut meminta rakyat Malaysia yang terkandas untuk sentiasa berkomunikasi dengan keluarga dan rakan terdekat bagi memaklumkan situasi mereka.
Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsul Kehormat Malaysia di Bali.
Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan sekiranya tiada keperluan, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan terjejas.
Ia turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli insurans perjalanan dan membawa peralatan keselamatan seperti topeng muka bagi melindungi diri dari abu gunung berapi.
Sementara laporan terbaru Reuters pula menyebut Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai dibuka semula selepas pihak berkuasa Indonesia merendahkan tahap amaran ke tahap 'jingga'.
Topic Berkaitan
#Bali
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Imigresen
#Indonesia
#Jakarta
#keluarga
#keselamatan
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai
#Malaysia
#penerbangan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Surabaya
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan