Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Datuk Ibrahim Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pegawai yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan.
"JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini yang jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002," katanya lagi.
Jelas Ibrahim, JIM juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan di atas laporan polis tersebut dan JIM akan sentiasa telus serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM.
JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti, katanya lagi.
Tambah Ibrahim, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam mendakwa kakaknya dirogol oleh seorang anggota JIM ketika proses rakaman percakapan di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka dua minggu lalu. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Jabatan Imigresen jalankan siasatan dalaman dakwaan wanita Thai dirogol
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.