awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0

Bernama
Bernama
11/01/2025
10:00 MYT
Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0
Datuk Zakaria Shaaban berkata hingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan RTK 3.0.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata hingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan RTK 3.0.
"Pihak jabatan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama program RTK," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata orang ramai juga boleh melayari portal serta akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan jabatan berkenaan.
Zakaria berkata Progam RTK 2.0 yang diperkenalkan bermula pada 27 Jan 2023 berakhir sepenuhnya pada 30 Jun 2024.
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk menjadikan pendatang asing di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat ketat kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#RTK 3
#Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan