awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan P. Pinang nafi berlakunya penularan varian Delta

Bernama
Bernama
27/08/2021
09:47 MYT
Jabatan Kesihatan P. Pinang nafi berlakunya penularan varian Delta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa kononnya telah berlaku penularan COVID-19 varian jenis Delta di beberapa kawasan di negeri ini. - Gambar fail BERNAMA
GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa kononnya telah berlaku penularan COVID-19 varian jenis Delta di beberapa kawasan di negeri ini.
Menurut kenyataan JKNPP, mesej itu juga memaklumkan kononnya jabatan itu telah mengenal pasti 180 individu di kawasan George Town yang dijangkiti varian itu, walhal perkara tersebut tidak betul.
"Berita palsu yang disebarkan menerusi WhatsApp itu memaklumkan orang ramai agar mengelak untuk pergi ke kawasan Lebuh Light, Jalan Pantai, Lebuh Victoria, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Chulia, Lebuh China, Lebuh Pasar, Jalan Gereja, Pengkalan Weld, Gat Lebuh Gereja, Gat Lebuh Pasar dan Gat Lebuh Chulia kerana berlaku penularan varian jenis Delta," kata JKNPP dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook rasmi jabatan itu hari ini.
Berita palsu tersebut turut mendakwa bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan berikutan penularan varian berkenaan di George Town yang kini diklasifikasikan sebagai zon merah.
JKNPP menegaskan semua mesej yang ditularkan itu adalah tidak benar dan orang ramai diminta agar tidak menyebarkan berita palsu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
#Varian Delta
#COVID-19
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan