awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan Pahang terima 45 ambulans baharu

Bernama
Bernama
04/09/2024
06:00 MYT
Jabatan Kesihatan Pahang terima 45 ambulans baharu
Penerimaan ambulans itu adalah secara berperingkat dengan permulaan sebanyak lapan unit jenis A bernilai RM3.64 juta telah dibekalkan kepada beberapa hospital di negeri ini pada 21 Ogos lepas. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menerima sebanyak 45 ambulans baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaik taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit di negeri itu.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penerimaan ambulans itu adalah secara berperingkat dengan permulaan sebanyak lapan unit jenis A bernilai RM3.64 juta telah dibekalkan kepada beberapa hospital di negeri ini pada 21 Ogos lepas.
Beliau berkata bakinya sebanyak 37 ambulans jenis B yang turut dilengkapi dengan peralatan perubatan akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada Nov ini dan Julai tahun depan.
"Saya dimaklumkan peralatan yang ada di ambulans Type A adalah sangat canggih dan bagi pihak kerajaan negeri, saya ucapkan terima kasih kepada KKM atas pemberian ini. Ini jelas menunjukkan betapa komited kerajaan yang ada pada hari ini untuk memberikan kemudahan dan keselesaan demi kesejahteraan rakyat.
"Pemberian ambulans ini mengikut keutamaan dan keperluan, jadi saya harap ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk memberi manfaat dan kebaikan buat rakyat. Pemberian ini (ambulans) bukan satu pengakhiran, insya-Allah ke depan akan ada lagi kemudahan sebegini, kita akan teruskan tetapi secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempunakan majlis penyerahan lapan ambulans kepada pengarah hospital di enam daerah negeri ini di perkarangan Wisma Sri Pahang di sini yang turut dihadiri Pengarah JKN Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
Enam hospital itu ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dengan masing-masing menerima dua unit ambulans, Hospital Pekan, Hospital Bentong, Hospital Kuala Lipis dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands.
"Pihak kerajaan negeri sangat menghargai usaha JKN Pahang dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan di negeri ini dan mengharapkan lebih banyak lagi inisiatif KKM dalam meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#ambulans baharu
#jabatan kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan