awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
NVIDIA dijangka perkenal semula GeForce RTX 3060 akibat kekurangan VRAM
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kimia terima sampel dalam siasatan kematian Kim Jong-nam

Bernama
Bernama
16/02/2017
14:26 MYT
Jabatan Kimia terima sampel dalam siasatan kematian Kim Jong-nam
Jabatan Kimia Malaysia hari ini menerima beberapa sampel daripada polis yang menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam. - Gambar fail
Jabatan Kimia Malaysia hari ini menerima beberapa sampel daripada polis yang menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, untuk tujuan analisis.
Pengarah Bahagian Forensik jabatan itu, Dr Cornelia Charito Siricord berkata sampel berkenaan diterima petang ini dan akan dianalisis secepat mungkin.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jenis dan bilangan sebenar sampel berkenaan atau mengesahkan sama ada ia berbentuk cecair mahupun racun.
"Kami memang ada menerima beberapa sampel daripada polis untuk dianalisis dan mengikut prosedur terutama berkaitan kes-kes penting, kami akan menjalankan analisis secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan lelaki Korea Utara yang mati pada Isnin itu ialah Kim Jong-nam.
Dr Cornelia berkata analisis sampel akan dilakukan oleh dua bahagian di jabatan itu dan keputusannya akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2) pada 8 pagi pada hari kejadian untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menghampirinya sebelum menyerkup muka dengan kain mengandungi cecair beracun.
Jong-nam dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Cornelia Charito Siricord
#Jabatan Kimia
#Kim Jong-nam
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan