KUALA LUMPUR: Jabatan Muzium menyasarkan satu juta pengunjung akan melawat 22 muzium di bawah pengendaliannya sepanjang tahun ini dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM900,000.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri berkata walaupun sektor permuziuman berdepan dengan cabaran dan merekodkan penurunan jumlah pengunjung dan pendapatan melebihi 70 peratus pada 2020 dan 2021, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai pada tahun ini.
"Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran pameran seumpama ini, dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan potensi muzium sebagai satu daripada penyumbang utama kepada usaha penjanaan semula ekonomi negara.
"Inisiatif ini juga akan memberi lebih banyak pilihan dengan pelbagai variasi produk-produk pelancongan negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil di Muzium Tekstil Negara di sini, pada Khamis.
Beliau turut berkata kementeriannya pada tahun ini memberi keutamaan kepada pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) sebagai usaha membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.
Nancy berkata pelaksanaan kedua-dua dasar itu juga memastikan semua pihak dalam rantaian industri pelancongan, seni dan budaya dapat menambah nilai kemahiran serta bakat sedia ada.
"Hasil daripada kerancakan aktiviti pelancongan dan kebudayaan ini nanti, membolehkan para penggiat industri menjadikan kemahiran sedia ada sebagai mata pencarian mahupun pendapatan tambahan.
"Mereka juga akan melatih pula anak-anak muda atau mereka yang mempunyai minat terhadap bidang pelancongan. Putaran impak inilah yang ingin kita lihat, agar limpahan ekonomi yang terhasil daripada aliran ini, dapat memberi manfaat kepada semua pihak," katanya.
Mengenai Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil, beliau berkata pameran itu menampilkan 91 koleksi variasi unsur motif unggul seni tekstil Melayu yang diperagakan JMM dan juga 65 koleksi hasil karya pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan.
Katanya, motif reka corak yang dipamerkan dalam pameran yang berlangsung mulai Khamis hingga 31 Dis di Muzium Tekstil Negara itu melambangkan keistimewaan dan keindahan budaya Melayu yang memainkan peranan penting dalam mencerminkan identiti bangsa.
"Motif juga memainkan peranan penting dalam mencerminkan lambang dan identiti sesebuah bangsa, yang mana dapat membezakan hasil seni kraf tekstil negara kita, dengan negara jiran serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
"Justeru, penganjuran pameran seumpama ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat terutamanya generasi belia untuk mengenali dan memahami kepelbagaian, simbolik dan falsafah pada motif-motif tradisional dalam dunia seni tekstil tempatan yang kita warisi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Nancy berkata walaupun sektor permuziuman berdepan dengan cabaran, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai pada tahun ini. - Foto BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Jabatan Muzium sasar 1 juta pengunjung, raih RM900,000 tahun ini - Nancy
Nancy berkata walaupun sektor permuziuman berdepan dengan cabaran, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai pada tahun ini.
Bekas Ketua Pengarah Muzium Datuk Shahrum Yub meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah Muzium Datuk Shahrum Yub meninggal dunia di kediamannya di Bukit Bandaraya di sini hari ini kerana sakit tua.