awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2023
09:53 MYT
Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Razarudin berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melengkapkan siasatan kes klip video perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusof sebelum keputusan dibuat berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
"Beberapa tindakan perlu diambil sebelum kertas siasatan berkenaan dirujuk semula setelah tindakan diambil oleh PDRM.
"Tindakan itu termasuk laporan-laporan teknikal dari agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam pada itu, mengulas berkaitan dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus, beliau berkata, siasatan adalah sama iaitu untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak.
"Terdapat kertas siasatan lain dibuka berhubung situasi di Bintulu, Sarawak yang dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 377D Kanun Keseksaan
"Justeru, PDRM akan memanggil siapa saja yang boleh membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, keputusan sama ada tangkapan akan dibuat terhadap Mohammad Agus atau sebaliknya, bergantung kepada siasatan.
"Pada peringkat ini, kita masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti-bukti yang material kepada keterangan dan dakwaan yang dibuat," katanya.
Sebelum ini, Mohammad Agus dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam satu sidang media khas pada 17 Oktober lalu mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.
Abdul Wahab, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama 'Mr H' untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.
Mohammad Agus, kemudian berkata. identiti ‘Mr H’ telah didedah kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wahab
#agus
#kertas siasatan
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan