KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi dikemukakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung tuduhan pecah amanah dihadapinya bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa ia adalah arahan daripada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memohon satu lagi tarikh pengurusan kes.
"Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representasi kerana kes ini melibatkan jumlah yang besar iaitu RM6 bilion. Kalau boleh kami mohon satu tarikh pada September," katanya.
Permohonan pendakwaan itu tidak dibantah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bagaimanapun peguam Datuk N Kumaraendran bagi pihak Mohd Irwan Serigar memohon tarikh lebih awal iaitu pada Julai dengan alasan pertuduhan ke atas anak guamnya sudah 'tergantung' selama lima tahun.
"Pertuduhan ini telah menghantui anak guam saya selama lima tahun. Beliau didakwa pada 2018 dan kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 2019.
"Kemudian pelbagai tarikh telah ditetapkan untuk pendengaran dan atas pelbagai sebab, tarikh telah dilapangkan.
"Perkara ini kemudian ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 3 April dan pihak pendakwaan memberi alasan untuk melapangkan tarikh perbicaraan dengan memberi sebab AG perlu mempertimbangkan representasi itu.
"September terlalu lama untuk tarikh sebutan...Tarikh (sebutan) yang singkat iaitu dua bulan (pada Julai) sepatutnya memadai untuk memberi tekanan terhadap mereka (pendakwaan) untuk mendapatkan keputusan awal," kata Kumaraendran.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumkan status representasi.
Najib mengemukakan representasinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representasi dihantar oleh Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab oleh AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lepas.
Pada 24 Okt 2018, Najib, 69, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.
Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan, bagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta dihadapi Najib, Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy hari ini menetapkan 18 Ogos untuk pengurusan kes.
Tarikh itu ditetapkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan bahawa rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam bagi mewakili Najib dalam perbicaraan kes SRC International akan didengar pada 10 Ogos di Mahkamah Persekutuan.
"Yang Arif, permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International di Mahkamah Persekutuan sudah selesai.
"Namun, pendengaran rayuan Laidlaw ditetapkan pada 10 Ogos. Sehubungan itu, saya memohon satu lagi tarikh bagi memaklumkan status kes kepada mahkamah ini," katanya.
Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Mohd Irwan (kanan) hadir bagi sebutan kes pecah amanah yang dihadapinya bersama Najib membabitkan International Petroleum Investment Company di Mahkamah Tinggi pada Isnin. - Foto Bernama
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
AGC belum buat keputusan berhubung representasi Inspektor Sheila untuk batal pertuduhan
Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan.
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
VLN: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Zahid belum diputuskan
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid akan didengar pada 18 Mac depan seperti ditetapkan sebelum ini.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.
SPRM dapat kebenaran dakwa Tun Daim - Azam Baki
Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM telah berhubung dengan peguam Daim, namun pihaknya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Kewangan itu dimasukkan ke hospital atas alasan tidak dinyatakan.
Menghasut: MB Kedah mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi berkata permohonan itu yang difailkan semalam (15 Jan) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif untuk kebaikan Komanwel, rantau Asia Pasifik dan dirinya menerusi penyertaan dalam Kumpulan Bertindak Menteri Undang-Undang Komanwel (LMAG).