Jabatan Pendidikan Perak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memantau gejala jangkitan penyakit seperti Influenza (ILI) di sekolah-sekolah berasrama di negeri ini.
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Perak, Mat Jaafar Mat Zain, berkata pasukan khas itu bertujuan untuk memberi sokongan moral serta penerangan kepada sekolah-sekolah mengenai ILI selain bimbingan pencegahannya.
“Pasukan khas ini telah ditugaskan untuk memberi sokongan moral kepada sekolah-sekolah terlibat selain juga memberi peringatan kepada sekolah-sekolah berdekatan mengenai langkah-langkah pencegahan.
“Untuk sekolah yang telah pun mempunyai murid yang terkena ILI ini, kita juga datang membantu mereka bagi memastikan kesemua pelajar yang terlibat tidak ketinggalan dari segi pembelajaran mereka,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau sejak pasukan khas itu ditubuhkan, pihaknya telah membuat pemantauan di sebanyak 24 buah sekolah khususnya berasrama penuh di sekitar Ipoh dan Teluk Intan.
“Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri, melawat ke sekolah-sekolah terlibat terangkan isu ini supaya mereka semua tidak panik atau hilang semangat untuk belajar.
“Untuk ibu bapa pula, kita juga telah menghubungi mereka supaya jangan risau dengan keadaan ini kerana ianya terkawal dan kita sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan,” jelas beliau.
Kata beliau lagi di peringkat awal ini pasukan khas tersebut akan menumpukan pemantauan di sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum pergi ke sekolah-sekolah harian biasa.
Menurut laporan yang baru dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sebentar tadi, setakat ini jumlah pelajar yang terkena jangkitan ILI telah meningkat kepada 414 pelajar berbanding 343 pelajar pada semalam.
Menurut laporan tersebut 71 pelajar lagi telah dikesan mempunyai genjala ILI iaitu seramai 18 di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, 28 di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah Ipoh (SRPT) dan 25 pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Teluk Intan.
Laporan tersebut turut memberitahu daripada 34 sampel yang diambil dari sekolah SK Klebang Jaya, STAR, SMART, Kolej Vokasional Slim River dan SRPT, 4 daripadanya telah disahkan positif Influenza A(H3), 1 Influenza B dan 18 daripadanya masih menunggu keputusan.
Pecahan pelajar yang mengalami simptom ILI adalah 3 daripada SK Kelebang Jaya, 114 daripada STAR, 202 daripada SRPT, 13 daripada Kolej Vokasional Slim River dan 82 daripada SMART.
Shafiq Noordin
Sat Mar 11 2017

Kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kinta menjalankan saringan kesihatan kepada pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang disolasi setelah dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI) pada Jumaat. - Gambar fail

Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 50,000 penduduk Gaza ke Sinai
Mesir menafikan dakwaan negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke utara Sinai.

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini
Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow sambung semula operasi pada Jumaat.
Hamas kaji gencatan senjata dicadang A.S
Hamas sedang kaji cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

Johor catat 1,319 kes ILI dan URTI, peningkatan 2.3 kali ganda
Sebanyak 1,319 kes jangkitan bagi wabak berkenaan direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-27, berbanding 574 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

ILI: Pastikan kesihatan anak sebelum hantar ke sekolah
Ibu bapa perlu melakukan pengasingan dan pemantauan ke atas anak-anak mereka sekiranya mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.

ILI terkawal, ibu bapa tidak perlu bimbang - Khairy
Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kluster ILI dikesan di SBP Ipoh
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.

Tiada kes COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun - Pengarah Kesihatan Terengganu
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan.

COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham
Setakat minggu epid ke-18, sebanyak 9,010 sampel telah diambil melibatkan pesakit kes Influenza (ILI) dan jangkitan SARI.

COVID-19: KKM kesan 207 kes sporadik - Dr Noor Hisham
Ia masing-masing membabit dua kes Influenza-Like Illness (ILI) dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).