Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) berjaya menahan dan mematahkan cubaan memindahkan kayu getah tanpa kebenaran dengan dua buah lori di jalan raya Air Panas Ganda, di sini semalam.
Pengarah JPNPk Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, penahanan dibuat berdasarkan kegagalan pemandu menunjukkan sebarang dokumen berkaitan kebenaran yang diperoleh daripada pihak jabatan.
"Pihak kami telah menerima satu maklumat berkaitan aktiviti pemindahan kayu getah tanpa kebenaran semalam (Isnin).
"Satu pasukan penguat kuasa dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak telah bertindak dan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan ke atas maklumat tersebut.
"Hasil dari pemeriksaan tersebut, pihak jabatan telah menahan dua buah lori dengan muatan dipercayai kayu getah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gerik berhubung kes ini manakala lori dan muatan kayu getah tersebut telah dirampas dan disita serta dipindahkan ke Pejabat Renjer Hutan Lawin untuk tujuan penyimpanan sementara.
Katanya lagi, kedua-dua pemandu tersebut telah dilepaskan dengan bon jaminan polis.
"Kesalahan yang boleh didakwa ke atas kedua-dua suspek ialah mengambil dan memindah kayu getah tanpa lesen dan gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 serta tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak Bil.2/2019.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Bagaimanapun, ia hanya akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pihak penyiasat JPNPk," katanya.
Mohamed Zin turut mengingatkan orang awam bahawa pihaknya akan tetap menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Aida Aziz
Tue May 19 2020
Salah sebuah lori yang digunakan untuk memindahkan kayu getah dari hutan tanpa kebenaran. - Foto Jabatan Perhutanan Perak
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
Gerik pula dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas ialah pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.
Bapa tumbuk anak direman tujuh hari
Seorang bapa kandung yang menumbuk dan menendang anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah, dekat sini direman selama tujuh hari.
Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.
Lelaki mati dibunuh, dibakar
Mayat seorang lelaki ditemui rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada Jumaat.
4 hektar hutan atas Gunung Kenderong di Gerik terbakar
Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong di Gerik.
Unit K9 bantu SAR remaja lelaki hilang di Gerik
Dua ekor anjing serta tiga anggota dari Unit K9 Kuala Lumpur tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gerik untuk membantu operasi.
Remaja lelaki alami kecelaruan minda dikhuatiri hilang di Gerik
Kali terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam, sekitar jam 9 pagi.
Lelaki cabul wanita dalam bas ekspres berhampiran R&R Titiwangsa
Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul wanita berusia 22 tahun di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.