awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Warisan minta hentikan aktiviti pencarian harta karun di Jasin

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2014
10:48 MYT
Jabatan Warisan minta hentikan aktiviti pencarian harta karun di Jasin
Terdapat kumpulan melakukan kerja pencarian tanpa lesen selepas mempercayai terdapat harta peninggalan zaman penjajahan Jepun di Jasin.
Jabatan Warisan Negara (JWN) memohon kepada mana-mana individu yang melakukan kerja mencari gali artifak lama secara haram agar segera memberhentikan kegiatan berkenaan atau bakal dikenakan tindakan undang-undang.
Ia susulan terdapat sebuah kumpulan melakukan kerja pencarian tanpa lesen selepas mempercayai kononnya terdapat harta peninggalan zaman penjajahan Jepun di Kampung Bukit Senggeh, Jasin.
Ketua Zon Selatan JWN, Johar Kadis berkata, beliau mempercayai kumpulan terbabit baru sahaja selesai mengorek kawasan hampir seluas 100 kaki persegi semasa tinjauan dilakukan pagi tadi.
Bongkah batu kira-kira 20 tan turut dialihkan dan dipercayai kumpulan berkenaan menggunakan jentera berat bagi menjalankan kegiatan mereka.
Johar memohon kumpulan terbabit agar segera menghubungi pihaknya sekiranya menemui sebarang artifak dan perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya JWN atau pejabat tanah dan daerah.
Beliau turut meminta penduduk kampung agar memberi maklumat kepada pihak berkuasa jika berlaku lagi aktiviti pencarian di lokasi tersebut.
Kira-kira tiga bulan lalu, kumpulan itu pernah menemui pihaknya untuk memohon kebenaran daripada kerajaan negeri.
Johar memberitahu, kumpulan yang aktif mencari ‘harta karun’ di Melaka dan Johor pernah membawa pihaknya meninjau lokasi di ladang kelapa sawit milik persendirian itu kira-kira dua kilometer dari kediaman penduduk.
Mengikut Seksyen 47, sekiranya ada pihak gagal menyerahkan objek warisan kepada pihak berkuasa, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hukuman yang sama juga boleh dikenakan di bawah Seksyen 86 bagi pihak yang tidak memiliki lesen melakukan kerja pencarian dengan menggali mana-mana tanah bagi maksud menjumpai sesuatu objek.
Sehubungan itu, mana-mana kumpulan yang mahu menjalankan kegiatan tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Daerah dan kelulusan itu bukan di bawah bidang kuasa Perbadanan Muzium Melaka.
Topic Berkaitan
#cari galim
#harta karun
#Jabatan Warisan Negara
#johar kadis
#pejabat tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan