PUTRAJAYA: Pengunjung Putrajaya diberi ingatan supaya menjaga tingkah laku dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 kerana setiap perbuatan mereka kini diperhatikan 24 jam menerusi mata-mata halus.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari Putrajaya Command Centre (PCC) mampu memastikan kawasan di sekitar Putrajaya selamat kepada pengunjung, selain dapat memantau tahap pematuhan SOP.
"Kini sebarang tindakan tidak bertanggungjawab juga akan dihebahkan di platform media sosial PPj, bukan untuk mengganggu privasi atau mengaibkan tetapi tujuannya lebih kepada memberi kesedaran kepada orang awam bahawa setiap aktiviti pelanggaran peraturan dapat dikesan PPj dan agensi lain," katanya.
Muhammad Azmi berkata PCC memantau aktiviti pengunjung menerusi kelengkapan seperti 462 unit CCTV, 89 tiang butang panik dilengkapi lampu siren yang menyala dan berbunyi kuat apabila ditekan selain merakam wajah dan perbualan dengan pengadu, serta lebih 100 pembesar suara yang memberi peringatan kepada pengunjung agar patuh SOP seperti menjaga jarak dan memakai pelitup muka serta meleraikan perhimpunan.
"PCC dapat memantau seluruh kawasan Putrajaya terutama di kawasan tumpuan awam untuk melihat aktiviti pengunjung termasuk yang membuang sampah, memancing dan mencantas pokok. Bagi memastikan SOP dipatuhi pengumuman serta-merta dibuat melalui 100 pembesar suara yang ada.
"Jika kawasan tersebut dilihat masih kurang pematuhan SOP meskipun setelah peringatan diberikan, PCC akan berhubung secara langsung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan penguat kuasa PPj bagi menghantar kumpulan peronda ke lokasi serta-merta," katanya.
Beliau berkata usaha itu penting bagi mengelak penularan COVID-19 ketika kelonggaran pergerakan kerana negara masih berdepan dengan ancaman pandemik, sekali gus memastikan sekatan pergerakan tidak dikenakan semula kerana kesannya buruk kepada aktiviti ekonomi domestik terutama peniaga kecil.
Dari segi aspek kebersihan, Muhammad Azmi melahirkan rasa kecewa kerana masih ada segelintir pengunjung yang tidak menjaga kebersihan dan membuang sampah merata-rata walaupun tong sampah disediakan.
Beliau berkata keperluan bertingkah laku baik bukan sekadar bagi mematuhi peraturan sebaliknya satu tuntutan dalam semua ajaran agama khususnya agama Islam dan menyarankan agar setiap pengunjung bertanggungjawab dalam soal kebersihan kerana Putrajaya dibangunkan dengan persekitaran yang cantik dengan objektif bandar hijau.
Katanya PPj akan terus meningkatkan kempen kesedaran melalui media sosial selain turun memberikan pesanan khidmat masyarakat di tempat tumpuan awam dengan kerjasama SWCorp serta Alam Flora Sdn Bhd serta badan bukan kerajaan seperti Generasi Peduli Sampah.
PCC bukanlah baharu, ia ditubuhkan pada 2004 melalui penggunaan telekomunikasi gentian optik berteknologi tinggi buatan Jerman selain CCTV pintar dengan kualiti video berdefinisi tinggi seiring dengan visi menjadi bandar pintar dan selamat, namun segelintir individu masih berani melanggar undang-undang kerana beranggapan mereka tidak diperhatikan atau CCTV tidak berfungsi.
Bagi pengunjung, Elina Malek, 31, pemasangan CCTV di kawasan tumpuan awam amat baik dan selamat kerana jika berlaku kecemasan pertolongan dapat disalurkan.
"Saya tidak pernah tahu ada banyak kemudahan keselamatan di sekitar Putrajaya. Berdasarkan pemerhatian saya ketika menjalankan aktiviti riadah, memang ada nampak kemudahan seperti butang panik tapi saya belum pernah cuba. Saya rasa inisiatif sebegini patut diperluaskan terutama di tempat yang terlindung dan jauh daripada sumber bantuan," katanya.
Seorang lagi pengunjung, Nur Muhamad Rahim Radzuan, 38, berkata kemudahan yang disediakan amat bagus kerana seiring dengan visi Putrajaya untuk menjadi bandar selamat.
"Bagi saya CCTV ini boleh memantau keadaan semasa. Sekiranya berlaku kes kecurian, ragut atau perkara tidak diingini, pihak berkuasa boleh menggunakan rakaman CCTV untuk dijadikan bukti bagi tindakan lanjut. Saya rasa kemudahan ini patut dikembangkan di taman awam khusus di tempat yang gelap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
GAMBAR FAIL: Orang ramai bercuti pada hari minggu dengan melakukan aktiviti bersama keluarga di tepi tasik di Presint 8, Putrajaya. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
Malaysia hargai sokongan kuat Ethiopia dalam BRICS - PM Anwar
Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas Ethiopia dalam usaha negara untuk menjadi rakan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
8,000 tempat duduk, 400 tapak ‘glamping’ disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
8,000 tempat duduk disediakan kepada pengunjung sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu akan datang berbanding hanya 4,000 tempat duduk tahun lalu.
Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.
Hari Kebangsaan: Teksi air boleh didapati di lima lokasi - Fahmi
Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan teksi air di lima lokasi sekitar sini pada 31 Ogos nanti, iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina.
21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.
Raptai penuh Hari Kebangsaan berlangsung tiga hari bermula 27 Ogos ini
Laluan perarakan sambutan Hari Kebangsaan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke Masjid Putra di Putrajaya akan siap diatur menjelang 22 Ogos ini.
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.