Umat Islam di negara ini perlu bersatu hati dan menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu perlu terutama dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar.
"Sejarah pengorbanan itu memberi peringatan kepada kita supaya melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan rendah hati.
"Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air," katanya kepada Bernama Isnin.
Beliau berkata aktiviti gotong-royong semasa melakukan ibadah korban juga berperanan memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan umat Islam seiring dengan tuntutan agama.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermieyati Samsudin pula berharap Aidiladha tahun ini disambut dalam suasana yang baik dan aman dengan mengekalkan sikap saling menghormati sesama masyarakat.
"Selain memuhasabah diri, kita juga disaran meningkatkan ukhwah dan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjung," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dengan mematuhi syariat Islam, amalan korban bukan setakat menyembelih seekor haiwan seperti lembu, kambing, bebiri atau unta, malah turut menyemai semangat pengorbanan dalam jiwa untuk mentaati perintah Allah demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Dengan pengorbanan juga, masyarakat Islam boleh maju dan dapat memberikan pulangan yang baik kepada diri, keluarga dan negara.
"Pengorbanan yang harus dicurahkan itu tidak semestinya berupa harta benda atau wang sahaja tetapi juga merangkumi pengorbanan masa, tenaga, fikiran hatta pengorbanan jiwa demi kebaikan agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha.
Bernama
Tue Oct 15 2013
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.