KUALA LUMPUR : Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau ‘reset’ kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf turut menasihatkan umat Islam untuk menggunakan peluang ini bagi menguruskan masa dengan betul dengan menjadikan ibadah sebagai rutin harian.
“Bulan Ramadan sebenarnya bukan hanya untuk orang beriman sahaja berpuasa, kita perlu tukar pemahaman kita dengan bulan puasa adalah orang yang nak jadi baik maka dia perlu berpuasa.
“Bukan orang baik maka dia berpuasa, jadi bagi umat Islam yang ingin menjadi seorang yang lebih baik maka berpuasa lah kamu.
“Berpuasa ini sebenarnya adalah ‘reset’ semula kehidupan kita, kadang-kadang pelbagai aktiviti kita lakukan jadi pada bulan ini mungkin ada aktiviti tertentu yang tidak perlu dilakukan, dibuang daripada rutin harian,” ujarnya.
Malah katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan kritikan terhadap mereka yang menjadikan Ramadan ini sebagai titik perubahan ke arah lebih baik.
Nada sama turut disuarakan selebriti yang juga CEO dan Pengasas aplikasi Qalby, Mizz Nina.
Beliau turut menasihatkan agar umat Islam menggunakan masa terluang mengingati Allah SWT sebagai amalan ibadah.
“Apa yang penting bagi saya adalah saya cuba yang terbaik apabila kita sedang tidak melakukan apa-apa contohnya pada waktu lapang, kita perlu ingat kepada Allah SWT.
“Saya selalu menasihatkan diri saya, apabila ada masa terluang selalu ingat kepada Allah. Jadi pada bulan Ramadan ini, kita dijemput olehNya untuk mendekatiNya.
“Banyakkan berzikir terutamanya apabila berkelapangan contohnya ketika menempuh kesesakan jalan raya, sebelum berbuka. Kita cuba perlu memahami dan berhubung semula dengan al-Quran,’’ katanya.
Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf berkata demikian sebagai tetamu undang Awani PAGI segmen Selebriti Selasa.
Tonton perkongsian penuh menerusi pautan di bawah;
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Apr 13 2021

Imam Muda Asyraf dan Mizz Nina masing-masing berpendapat bulan Ramadan tahun ini wajar dijadikan sebagai peluang untuk tetapkan semula ibadah kepada Allah SWT. - Foto Facebook

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser Prostat
Perasaan malu dengan saringan kanser prostat yang memerlukan prosedur sentuhan di bahagian sulit merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Amalkan sifat keterbukaan
Bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang orang supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.

Bandar raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan
Mengikut peraturan baharu itu, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.

Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.

Menimba ilmu agama di sekolah pondok pilihan warga emas
Sejak kebelakangan ini, ramai warga emas memilih untuk tinggal di sekolah pondok.

Adza Danial kekal tradisi 'berbalas' kad raya dengan Raja-Raja Melayu, kenamaan
Pada awalnya, Adza Danial beranggapan tidak mungkin kerabat diraja dan orang kenamaan sudi membalas kad rayanya.

Sambut Ramadan dengan 'Roh Islam', bukan sekadar kebiasaan
Dalam kita menyambut Ramadan tahun ini, kita perlu berhati-hati. Jangan hanya menyambut Ramadan sebagai kebiasaaan ataupun sebagai adat tetapi sambutlah dengan Roh Islam.

Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.

MAIWP agih lebih RM76 juta dana zakat kepada asnaf
MAIWP telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM76,918,556.50 kepada asnaf menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan tahun ini.

Rindu terubat, Siti Nurhaliza tunai umrah pada minggu terakhir Ramadan
Beliau juga menyebut ada magis yang berlaku dalam pertemuan dengan sahabatnya selain selesai memasuki Raudah atau Taman Syurga di Masjid Nabawi.

PM Anwar sertai Qiyamullail Perdana di Masjid Putra
Majlis pada kira-kira 4.40 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat hajat.

Ayu Ting Ting ikut penduduk kejut orang kampung bangun sahur
Ayu Ting Ting memang sangat terkenal sebagai seorang penyanyi dangdut. Namanya cukup besar dalam dunia hiburan dan dipuja banyak peminat.