Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sedang melakulan lawatan ke empat negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia.

Beliau dijadulkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu untuk lawatan tiga hari.

Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menarik perhatian kepada hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan presiden Amerika ke-44 itu.

"Ini akan memastikan perbincangan dua hala berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif sambil kita meneliti cara untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada suatu perkongsian komprehensif," katanya.