awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
07/06/2023
16:12 MYT
Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Mohd Na'im mengingatkan pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebagai pengguna jalan raya, adab dan akhlak perlu dijaga agar dapat mengelakkan diri daripada terlibat kejadian buruk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Mengulas isu video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar, Tapah, Perak baru-baru ini, beliau berkata pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.
"Kita bercakap mengenai membina 'Masyarakat MADANI', asasnya adalah adab dan akhlak. Sebab apa yang kita hendak bina (Masyarakat MADANI) ini adalah masyarakat sejahtera, tidak ada pergaduhan. Kalau sesuatu perkara yang terjadi itu biarlah diselesaikan dengan cara yang baik.
"Sekiranya kita dapat bersabar, dan mengingati adab serta peraturan itu harus dipatuhi, jadi cita-cita kita untuk membina masyarakat MADANI yang bertamadun akan dapat dicapai, " katanya ketika ditemui pemberita di majlis ulang tahun ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D' Tandoor, di sini malam ini.
Semalam, tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah, dan susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 29 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adab
#jalan raya
#pergaduhan
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan