KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna semua platform media sosial di negara ini supaya menjaga kesihatan mental dan emosi masing-masing ketika melayari berita serta gambar dari Gaza.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menasihatkan pengguna yang berasa terganggu dari segi mental dan emosi dengan gambar serta berita yang diterima dari Gaza supaya mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar.
"Waktu ini kita terima banyak berita yang agak hiba dan menyedihkan dari Gaza. Jadi aspek kesihatan mental juga perlu kita tingkatkan kerana kadangkala apa yang kita lihat dalam media sosial itu tidak ditapis.
"Seperti gambar kematian yang mungkin boleh meninggalkan kesan kepada kita apatah lagi golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis menjelang sambutan ke-50 tahun Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 1 Feb 2024 di sini hari ini.
Fahmi berkata secara jujur beliau sendiri turut terganggu terutama dalam minggu-minggu pertama serangan ke atas Gaza bulan lepas.
"Saya sendiri apabila buka Instagram Facebook, Twitter (X) dan TikTok, saya pun tak boleh kawal emosi secara peribadi. Ia amat sedih tengok ibu mendakap anak yang telah meninggal dan jenazah dibawa keluar daripada runtuhan.
"Bila kita lihat (gambar seperti itu) ia akan meninggalkan kesan. Jadi, utamakan kesihatan mental, sekiranya merasakan (gambar dan berita Gaza) mengganggu emosi dapatkan perkhidmatan kaunseling daripada pakar," katanya.
Menurut Fahmi bagi beliau berita yang memberi kesan mendalam ialah apabila terdapat wartawan yang membuat liputan di Gaza terbunuh.
"Sangat dahsyat. Wartawan pun jadi mangsa," katanya.
Gaza mula menjadi perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia apabila mula diserang rejim Zionis Israel pada 7 Okt lepas.
Mengenai perkhidmatan 5G di hospital, beliau berkata Digital Nasional Berhad (DNB) kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kemudahan itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menghubungkan HKL dengan Institut Kesihatan Negara di Setia Alam, Selangor bagi membantu tugas pakar di kedua-dua fasiliti.
"Bagi kemudahan 5G di hospital swasta saya menggalakkan DNB dan syarikat telekomunikasi untuk mengadakan libat urus lebih lanjut. Maklumat mengenai kawasan yang mempunyai kemudahan 5G boleh dilihat di portal Jalinan Digital Negara (Jendela) di Jendela map," katanya.
Ditanya mengenai kad perakuan media Harakah yang ditarik balik, Fahmi berkata sudah pasti Jabatan Penerangan ada sebab tersendiri dan penjelasan lanjut perlu dirujuk dengan jabatan itu.
Beliau berkata bagaimanapun, pihak Harakah boleh membuat rayuan kepada Jabatan Penerangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Fahmi berucap pada Sambutan 50 Tahun Kecemerlangan Hospital Pantai Kuala Lumpur dalam Perkhidmatan Kesihatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.