Sikap jahil mengenai agama merupakan punca utama mengapa segelintir individu tidak lagi peduli akibat daripada penerimaan rasuah, tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Menurut beliau, jahil agama juga menyebabkan mereka yang memberi dan menerima rasuah tidak tahu bahawa perbuatan itu haram dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

“Kita tak boleh tunggu bala, baru kita nak percaya. Kita kena beriman dengan Allah SWT, kena beriman dengan Rasul dan kita beriman dengan wahyu Allah yang telah diturunkan. Jadi kalau kita beriman, semua itu tidak menjadi masalah,” ujarnya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Harussani berkongsi pandangan yang sama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penerima rasuah tidak mengambil berat mengenai dosa amalan itu.

Dr Mahathir ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Kedah baru-baru ini menyatakan rasa kecewa terhadap gejala rasuah dan apa yang dikesalkan beliau ialah individu yang mengamalkan rasuah langsung tidak dipandang hina.

Harussani berkata, pengetahuan mengenai hukum memberi dan menerima rasuah juga bergantung pada iman seseorang.

"Kalau mereka betul-betul beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka mereka akan takut walaupun dosa kecil.

“Tetapi disebabkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kurang, maka dengan itu mereka tidak berasa apa-apa (rasuah sebagai dosa besar),” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, sebagai sebuah negara Islam sebagai agama rasmi, umat Islam khususnya haruslah mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan negara-negara Islam sebelum ini.

“Kalau kita tengok kejatuhan negara Islam pun dari segi sejarahnya kerana mereka sudah tidak lagi mengamalkan syariat Islam. Jadi itu yang berlaku macam seperti pembunuhan,” tambah Harussani lagi.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan gejala rasuah di Malaysia masih lagi boleh dibendung sekiranya langkah-langkah seperti penguatkuasaan yang lebih tegas, selain menekan aspek Islam dalam kehidupan.

Berdasarkan laporan tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dengan mencatatkan skor 47 daripada 100.

“Kita tak boleh, tak boleh tunggu bala, baru kita nak percaya.

“Kita kena beriman dengan Allah SWT, kena beriman dengan Rasul dan kita beriman dengan wahyu Allah yang telah diturunkan. Jadi kalau kita beriman, semua itu tidak menjadi masalah,” ujarnya.

“Kalau kta tengok kejatuhan negara Islam pun dari segi sejarahnya kerana mereka sudah tidak lagi mengamalkan syariat Islam. Jadi itu yang berlaku macam seperti pembunuhan,” tambah Dr Harussani.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan gejala rasuah di Malaysia masih lagi boleh dibendung sekiranya langkah-langkah seperti penguatkuasaan yang lebih tegas, selain menekan aspek Islam dalam kehidupan.