MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan di negeri ini bermula esok (5 Sept), selaras bermulanya negeri Melaka berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.
Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagi masjid kariah dan institusi pula, maksimum kehadiran adalah 200 jemaah sementara 100 orang bagi kehadiran di surau.
"Ketetapan itu adalah bagi solat Jumaat, fardu dan jenazah. Bagaimanapun, jumlah maksimum kehadiran jemaah itu bergantung kepada keluasan masjid atau surau berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Sebagai contoh jika masjid hanya mampu memuatkan 300 jemaah dengan penjarakan, maka jumlah maksimum 300 orang adalah terpakai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan tersebut juga menjelaskan antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan di masjid dan surau di negeri ini adalah majlis akad nikah sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JAIM, kuliah maghrib pada waktu antara maghrib dengan isyak, tazkirah atau bacaan Yasin sebelum solat Jumaat dan aktiviti singgah solat di masjid atau surau.
"Selain hanya warganegara Malaysia dan penduduk tetap, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas juga dibenarkan bersolat secara berjemaah di masjid atau surau dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan," katanya.
Sebelum ini, kebenaran kehadiran jemaah di masjid kerajaan adalah 250 orang manakala masjid kariah pula 100 jemaah manakala surau ditetapkan 50 orang sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan di masjid dan surau di negeri ini adalah majlis akad nikah.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Melaka tarik semula gelaran 'Datuk' CEO GISB
Melaka menarik semula penganugerahan Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tiga pertuduhan menggunakan surat kelulusan palsu bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.
Projek pusingan U di Melaka kurangkan kesesakan trafik hingga 50 peratus
Ia dilihat bakal memberikan impak besar terhadap sistem jalan raya lebih lancar dan penyuraian trafik yang efisien.
Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka
Seorang bekas wartawan direman disyaki meminta dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
Muzium Hang Tuah guna teknologi AI papar kisah Hang Tuah
Muzium Hang Tuah yang terletak di Hang Tuah Centre, Duyong mencipta sejarah sebagai muzium pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.