awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah

Bernama
Bernama
24/03/2021
19:47 MYT
JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah
Tosrin berkata tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu. - Gambar fail
KULAI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkemungkinan besar akan menjadi pemerhati dalam rayuan kerajaan Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.
"Isu ini telah dibawa dalam Jabatan Fatwa Negeri Johor dan kita sedang menunggu proses rayuan berhubung isu itu daripada kerajaan Persekutuan.
"Kemungkinan besar JAINJ akan menjadi pemerhati dalam prosiding, yang akan diketuai Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad," katanya dalam sidang media selepas Program Bantuan Amal Jariah Perbadanan Islam Johor (PIJ) di Felda Taib Andak, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya kerajaan negeri bersedia membantu kerajaan Persekutuan dalam menyokong rayuannya berhubung isu itu seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.
Tosrin dalam masa sama berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor bersedia membantu mana-mana pihak dalam mencari formula dan keputusan terbaik berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Pada Khamis lalu, Sultan Ibrahim menitahkan agar Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu penggunaah kalimah Allah itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Negeri Johor
#Kalimah Allah
#Kementerian Dalam Negeri
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#JAINJ
#Sultan Johor
#tosrin jarvanthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan