Skip to main content

Malaysia

Geran Sejati MADANI kini untuk pertubuhan belia

KUALA LUMPUR, 12 Mac -- Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menjawab pertanyaan media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Malaysia Esport Accelerator Program (MEAP) dan Dana E-Sukan KBS (DEK) 2026 di Spacerubix Puchong hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohammed Taufiq berkata, pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memberi taklimat kepada pertubuhan belia di seluruh negeri mengenai cara memohon geran tersebut. - Gambar Bernama

MELAKA: Kerajaan memperluas pemberian geran Sejati MADANI tahun ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi membangunkan aktiviti keusahawanan yang berpotensi menjana pendapatan persatuan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, sebanyak RM250 juta diperuntukkan kerajaan khusus untuk tujuan tersebut bagi menggalakkan persatuan belia menceburi aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang.

Advertisement

“Dahulu, geran Sejati MADANI diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan organisasi seumpamanya. Tahun ini, ia diperluaskan kepada pertubuhan-pertubuhan belia pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Abrar, Semabok, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memberi taklimat kepada pertubuhan belia di seluruh negeri mengenai cara memohon geran tersebut.

Katanya, pihaknya menyasarkan kira-kira 2,500 pertubuhan belia akan mengambil peluang untuk memanfaatkan pemberian geran tersebut pada tahun ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk V.P. Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

-- BERNAMA

Must Watch Video