awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan

Aida Aziz
Aida Aziz
09/02/2024
23:15 MYT
JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan
Lelaki berkenaan mengaku boleh meraih sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil kutipan 'wakaf al-Quran' daripada orang ramai. - Foto JAIPk
IPOH: Wang hasil kutipan wakaf bukannya digunakan untuk membeli al-Quran, sebaliknya dibelanjakan untuk kegunaan diri sendiri dan melunaskan bil utiliti.
Demikian perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh seorang lelaki yang ditahan ketika membuat aktiviti kutipan wakaf al-Quran di hadapan sebuah bank di Meru Raya, di sini pada Jumaat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
"Lelaki itu ditahan ketika sedang membuat kutipan atas nama wakaf al-Quran.
"Dalam siasatan awal yang dijalankan, dia mengaku boleh meraih sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil kutipan 'wakaf al-Quran' daripada orang ramai.
"Dia juga mengaku wang tersebut tidak digunakan untuk membeli al-Quran bagi tujuan diwakafkan.
"Sebaliknya digunakan untuk membayar sewa rumah, bil utiliti, makan minum dan keperluan harian isteri dan empat orang anaknya," katanya pada Jumaat.
Ujarnya lagi, lelaki tersebut ditahan dan akan disiasat kerana disyaki telah melakukan kesalahan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran di bawah seksyen 43 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
Sehubungan itu katanya, semua individu atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat mahupun yayasan yang ingin membuat apa-apa kutipan derma /wakaf dengan tujuan manfaat dan kebaikan untuk orang Islam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Topic Berkaitan
#wakaf
#Al-Quran
#JAIPk
#kutipan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan