KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) akan memanggil pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub kerana didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Khamis.
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang dekat sini, perlu hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April ini.
Menurutnya, penganjur program Solat Tarawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar juga akan dipanggil memberi keterangan.
"Jabatan Mufti Negeri Perlis yang mengeluarkan tauliah manakala JAIPs melaksanakan penguatkuasaannya.
“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan, dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia mohonlah dahulu tauliah itu.
“Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan, malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu.
"Tetapi beliau tetap juga enggan dengan alasan tersendiri seperti ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.
Beliau berkata demikian susulan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasanya dihalang penganjur daripada bertemu Ustaz Wadi yang mahu mengambil keterangan berhubung tindakannya memberi ceramah.
Mohd Asri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis berkata, sikap toleransi yang diberikan sebelum ini sudah sampai ke tahap mempersendakan peraturan yang telah digariskan di negeri ini terutama seperti yang dititahkan Raja Perlis.
"Tindakan penguat kuasa JAIPs dihalang dengan halangan besar daripada hadirin yang hadir dalam majlis itu dengan cara yang tidak terhormat meskipun terdapat anggota polis hadir mengawal kejadian berkenaan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis akan memanggil pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub (gambar) kerana didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Khamis. - Gambar Instagram @ustazwadiannuar
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Anjur ceramah tanpa tauliah, jemput Ustaz Wadi, YDP Pas Kangar dihadap ke mahkamah
Yang Dipertua Pas Kangar dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Perlis, atas pertuduhan menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam negeri menerusi penganjuran ceramah agama tanpa tauliah.
JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.