awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS benarkan Surau Al-Jannah kembali beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2020
08:15 MYT
JAIS benarkan Surau Al-Jannah kembali beroperasi
Selain Surau Al-Jannah, JAIS turut membenarkan KAFA Al Jannah untuk kembali beroperasi pada tarikh yang sama. - Gambar fail
Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam dibenarkan kembali beroperasi setelah individu dan ahli keluarga yang dikaitkan dengan kontak positif COVID-19 di Ipoh didapati negatif, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, surau tersebut dibenarkan mendirikan solat fardhu lima waktu, solat Jumaat berjemaah dan aktiviti pengimarahan yang lain bermula hari ini (13 Ogos).
Selain Surau Al-Jannah, JAIS turut membenarkan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Al Jannah untuk kembali beroperasi pada tarikh yang sama.
"Walaubagaimanapun Jawatankuasa Surau adalah diingatkan agar individu yang berkenaan (yang dikaitkan dengan kontak COVID-19) dan ahli keluarga untuk masih tidak dibenarkan untuk hadir ke surau jika masih tertakluk dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh klinik kesihatan yang berkenaan.
"Jawatankuasa surau dan pentadbir KAFA juga diingatkan agar terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) oleh jabatan ini bagi memastikan pencegahan penularan wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada 7 Ogos lalu, JAIS mengarahkan Surau Al-Jannah dan KAFA Al-Jannah ditutup ekoran salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.
BACA: COVID-19: Surau Al-Jannah, Shah Alam diarah tutup
Topic Berkaitan
#Al-Jannah
#dibenarkan
#JAIS
#KAFA
#kembali
#solat
#solat fardu lima waktu secara berjemaah
#Solat Jumaat
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan