awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS lancar program Tazkirah Bersama Guru Takmir di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2020
11:57 MYT
JAIS lancar program Tazkirah Bersama Guru Takmir di Sarawak
JAIS melancarkan program Tazkirah Bersama Guru Takmir secara dalam talian untuk memastikan penyampaian ilmu agama ketika PKP. -
Bagi masyarakat beragama Islam, terasa satu kehilangan apabila aktiviti tazkirah di masjid atau surau tidak dibenarkan buat sementara waktu.
Hanya azan sahaja yang dibenarkan berkumandang.
Melihat kepada situasi ini, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) melancarkan program Tazkirah Bersama Guru Takmir secara dalam talian untuk memastikan penyampaian ilmu dan maklumat agama terus dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Institusi Masjid JAIS, Khalipah Juni, seramai 377 guru takmir dilantik Majlis Islam Sarawak untuk membuat takzirah dan ceramah agama ketika PKP itu.
"Guru-guru takmir diminta untuk merakam tazkirah dan kuliah ringkas masing-masing dan dikemukakan kepada satu panel khas untuk memastikan kandungannya adalah sesuai sebelum diolah dalam bentuk video.
Ïa kemudian dimuat naik ke akaun Facebook Jabatan Agama Islam Sarawak untuk tontonan umum," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu, Khalipah memberitahu, program itu akan diterus dan diperbanyakkan sebagai persediaan menyambut ketibaan bulan ramadan.
Katanya, program itu turut mengambil kira usaha membicarakan topik kemahiran menjadi imam di rumah.
"Usaha ini kami akan teruskan dengan membicarakan topik-topik berkaitan ibadah puasa, menghidupkan ramadhan semasa PKP termasuklah meningkatkan kemahiran menjadi imam dirumah.
"Malah akan berusaha untuk merangka kandungan lain secara interaktif seperti taddarus Al-Quran dan lain-lain," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Guru Takmir
#Jabatan Agama Islam Sarawak
#Khalipah Juni
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Takzirah Bersama Guru Takmir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan