awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah

Bernama
Bernama
17/11/2023
22:00 MYT
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
Mohammad Fahmi berkata JAIS juga telah mengeluarkan pekeliling menyeru semua masjid dan surau di Selangor untuk melaksanakan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau pekeliling menghalang sekolah di bawah kendalian jabatan itu daripada membaca qunut nazilah bagi mendoakan ketabahan kepada rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
"Elakkanlah menimbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. Sebaliknya, umat Islam dan bukan Islam perlu disatukan atas nama kemanusiaan dan ukhuwah insaniah bagi bantu rakyat Palestin khususnya Gaza dalam malapetaka akibat kekejaman rejim aparteid zionis Israel," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Mohammad Fahmi berkata JAIS juga telah mengeluarkan pekeliling rasmi menyeru semua masjid dan surau di negeri itu untuk pelaksanaan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas.
Di samping itu, beliau turut menyambut baik cadangan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) yang menyarankan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menyumbang sebanyak RM5,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi DUN itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.
"Kita sambut baik cadangan sumbangan kepada Palestin oleh YB (Yang Berhormat) Bukit Lanjan semalam dan molek sumbangan itu disalurkan kepada tabung rasmi (bawah JAIS) iaitu Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI). Insya-Allah (akan) sampai ke Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#qunut nazilah
#JAIS
#sekolah
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan