Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.
"Saya sebagai Menteri Pengangkutan saya boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (pada Jumaat) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.
"Kalau berjaya confirm Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan," katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini, Sabtu malam.
Pada Jumaat, Guan Eng dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.
Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2019

LOKE: Memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini.

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh kedalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Rasuah | Warga Bangladesh dipenjara sehari, denda RM10,000
Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman satu hari penjara serta didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu kerana memberi rasuah RM250 kepada seorang ejen kerajaan, Januari lalu.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Integriti halal: Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai Jakim
PEKEMAS gesa penggantungan serta merta SICHMA susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal di rumah penyembelihan di Australia.

PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke
Parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook.

Hari Pekerja: Kesatuan sekerja perlu lebih kreatif tarik keahlian, dekati belia
Ini berikutan penyertaan pekerja dalam kesatuan yang masih rendah di Malaysia iaitu pada kadar enam peratus - Anthony Loke

Fokus utama PH ketika ini ialah luluskan Akta Antilompat Parti - Loke
Fokus utama Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah bagi meluluskan Akta Antilompat Parti di Parlimen, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke sumbang RM108,000 kepada masjid dan surau
Ia merupakan susulan kepada peruntukan RM78,000 kepada tujuh masjid dan 25 surau di seluruh DUN Nilai yang disampaikan dua minggu lalu.

Kerajaan Negeri Sembilan perlu bentuk jawatankuasa bertindak tangani perubahan iklim, banjir
Siew Fook berkata pendekatan holistik itu perlu segera dilakukan dengan portfolio khusus berhubung dasar menanganinya perlu dilaksanakan melalui penglibatan pelbagai agensi.

'MoU perlu dibincang di antara PM dan PH, bukan keputusan MKT UMNO' - Anthony Loke
Kata Ahli Parlimen Seremban itu, keputusan MKT UMNO itu adalah urusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan partinya.

DAP tidak akan terima 'katak politik' - Anthony Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendirian parti itu sangat jelas tentang ahli politik yang lompat parti.

MUDA setuju sokong RUU Antilompat Parti - Anthony Loke
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menerusi satu hantaran di Facebook peribadinya pada Rabu.

RUU Antilompat Parti: PM perlu selesaikan perbezaan antara parti dalam kerajaan - Anthony Loke
Penangguhan pembentangan RUU Antilompat Parti adalah disebabkan tiada konsensus dalam Kabinet.

Apa yang susah sangat nak bentang RUU Antilompat Parti? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Menurut MoU PN-PH, RUU Antilompat Parti perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.